Tuesday 24 February 2009

Harimau yg Beriman


Funny though bleh ambik ikhtibar kisah lucu ni...


"Alkisah... .. Seorang lelaki Islam telah ponteng sembahyang Jumaat. Sebaliknya dia telah masuk hutan untuk memburu ayam hutan. Sedang dia terhendap2 di dalam semak, tiba2 dia berlanggar akan dia dengan seekor HARIMAU yang sedang lena tidur. Dia begitu terkejut sehingga senapangnya tercampak lalu tergelungsur ke dalam jurang. Dia pula tergolek ke arah lain, jatuh ke atas batu dan KRAKKKK! Kedua2 kakinya patah. Jangan risau .. ini bukanlah berita buruk ok. Ada lagi .. Berita yang buruknya adalah HARIMAU tadi terus menghambatnya, sedangkan dia dah patah kaki dan tak boleh bergerak lagi (mesti sang rimau tuh marah pasal ganggu dia tidur waktu lunch). "Ya Allah," doa lelaki tersebut, "Ampunilah dosaku kerana ponteng sembahyang Jumaat berjemaah pada hari Jumaat yang mulia ini .. Ampunilah aku ya Allah ..makbulkan hajat ku ini .. jadikanlah HARIMAU yang memburuku kepada HARIMAU yang beriman .. tolong ya Allah! Aminnnnnnnnnnnnnnnnn.." Tetiba2 guruh berdentum! HARIMAU tadi tiba2 terhenti betul2 dihadapan lelaki tadi. Harimau itu terus bertukar menjadi seekor harimau yang beriman dan bersopan santun. Sambil menadah kedua2 kaki depannya ke langit .. HARIMAU tersebut pun berdoa, "Allahumma barik lana, fima razaktana, wa qina azzabbannar. Amin! " p/s : Jangan ponteng sembahyang.

Friday 13 February 2009

Cerita ayam yang macho


Ceritanya berkisar di sebuah ladang penternakan ayam yang terletak di
Gunung Semanggul.Tentang sebuah peternakan ayam. Disana ada 5 Ayam betina
dan seekor ayam jalak (kira ayam jantan macholah) yang umurnya sudah
lanjut dimamah masa (cewah-cewah cam novel percintaan la pulak).

Karena merasa bahwa ayam jalak yang sudah tua tadi sudah melewati masa
suburnya, si pemilik ladang tersebut memutuskan untuk membeli seekor ayam
jalak lagi yang masih muda, tampan, segak, macho dan yang sewaktu
denganya.

Dengan secara tidak sengaja hal ini membuatkan si ayam jalak tua menjadi
merasa tersaing. Lalu bibit2 cemburu dan hasat dengki menguasai dirinya,
mulalah diyer mengatur srategi. Lalu terjadi percakapan
seperti ini :

Si ayam jalak tua : Eh, kamu jangan serakah sgt kat sini. Ayam betinanya
kan ada 25. Kamu boleh ambil yang 15, bakinya bagi aku.

Si ayam jalak muda: Banyak hensem ko punya muka, tua tak sedarkan diri.
Hang tu dah tua dah tak larat dah so semua untuk aku sahaja.


Si ayam jalak tua : hek eleh...berlagak tul mamat seekor ni (jalak tua
bercakap lam ati yer). Seper kata aku tua tak larat lagi, ko jgn pandang
rendah pada aku, kang aku sekeh kang... O.klah, aku maleh nak gaduh ngan
budak hingusan cam ko ni (jalak tua, menunjukkan eksen nyer) so apa kata
kalau kita pertontonkan kemanchoan kita ngan mengadakan satu pertandingan.
Siapa yang menang boleh ambil semua ayam betina yang ada kat sini ayam
ini. Yang kalah kirim salam.

Si ayam jalak muda: Aku.. aku boleh sahaja, pantang dicabar ni. Kita nak
buat pertandingan apa ni... cabut bulu ayam ker (jalak muda membuat lawak
loya beruk giler)

Si ayam jalak tua : bukan! Senang jer pertandingan lumba lari.

Sambil tersenyum lembu, Si ayam jalak muda: Set

Si ayam jalak tua : Lumbanya 400M. tapi karena aku sudah tua, aku minta
untuk lari dulu di depanmu 50 meter.

Si ayam jalak muda: Boleh (dengan penuh keyakinan).

Maka pertandingan pun dimulai. Ayam jalak tua lari dulu 50 meter baru ayam
jalak yang muda lari menyusul dengan kecepatan kuasa extra gaban yang
mengkagumkan. Eh, baru kurang 1 meter menyusul, si ayam jalak muda
ditembak langsung oleh pemilik peternakan. Kenapa?????

[jawaban ada di bawah]







Kata Pemilik : "Kurang ajar. INI AYAM JALAK-HOMOSEKS NI. Asal setiap aku beli dapat yang macam ni SUKA SANGAT KEJAR-KEJAR AYAM JALAK TUA AKU"

NiLAI MORAL : Jgn berlagak ngan org tua (diorang banyak trick, hehehe)

HORMATILAH ORANG YANG LEBIH TUA DARI KITA...

6 Perkara Allah Sembunyikan ;)

6 Perkara Allah Sembunyikan

Allah SWT selesai menciptakan Jibrail as dengan bentuk yang cantik, dan
Allah menciptakan pula baginya 600 sayap yang panjang , sayap itu antara

timur dan barat (ada pendapat lain menyatakan
124, 000 sayap). Setelah itu Jibrail as memandang dirinya sendiri dan
berkata:

"Wahai Tuhanku, adakah engkau menciptakan makhluk yang lebih baik
daripada aku?."

Lalu Allah swt berfirman yang bermaksud.. "Tidak"

Kemudian Jibrail as berdiri serta solat dua rakaat kerana syukur kepada
Allah swt. dan tiap-tiap rakaat itu lamanya 20,000 tahun.

Setelah selesai Jibrail as solat, maka Allah SWT berfirman yang
bermaksud.
"Wahai Jibrail, ka! mu telah
menyembah aku dengan ibadah yang bersungguh-sungguh, dan tidak ada
seorang
pun yang menyembah kepadaku seperti ibadat kamu, akan tetapi di akhir
zaman
nanti akan datang seorang nabi yang mulia yang paling aku cintai, namanya
Muhammad.' Dia mempunyai umat yang lemah dan sentiasa berdosa, sekiranya

mereka itu mengerjakan solat dua rakaat yang hanya sebentar sahaja, dan
mereka dalam keadaan lupa serta serba kurang, fikiran mereka melayang
bermacam-macam dan dosa mereka pun besar juga. Maka demi kemuliaannKu
dan
ketinggianKu, sesungguhnya solat mereka itu aku lebih sukai dari solatmu

itu. Kerana mereka mengerjakan solat atas
perintahKu, sedangkan kamu mengerjakan solat bukan atas perintahKu."

Kemudian Jibrail as berkata: "Ya Tuhanku, apakah yang Engkau hadiahkan
kepada mereka sebagai imbalan ibadat mereka?"

Lalu Allah berfirman yang bermak! sud. "Ya Jibrail, akan Aku berikan
syurga
Ma'waa sebagai tempat tinggal..."

Kemudian Jibrail as meminta izin kepada Allah untuk melihat syurga
Ma'waa.
Setelah Jibrail as mendapat izin dari Allah SWT maka pergilah Jibrail as
dengan mengembangkan sayapnya dan terbang, setiap dia mengembangkan dua
sayapnya dia boleh menempuh jarak perjalanan 3000 tahun, terbangla
malaikat
jibrail as selama 300 tahun sehingga ia merasa letih dan lemah dan
akhirnya
dia turun singgah berteduh di bawah bayangan sebuah pohon dan dia sujud
kepada Allah SWT lalu ia berkata
dalam sujud:

"Ya Tuhanku apakah sudah aku menempuh jarak perjalanan setengahnya, atau

sepertiganya, atau seperempatnya? "

Kemudian Allah swt berfirman yang bermaksud. "Wahai Jibrail, kalau kamu
dapat terbang selama 3000 tahun dan meskipun aku memberikan kekuatan
kepadamu seperti kekuatan yang engkau miliki, lalu kamu terbang seperti
yang
telah kamu lakukan, nescaya kamu tidak akan sampai kepada sepersepuluh
dari
beberapa perpuluhan yang telah kuberikan kepada umat Muhammad terhadap
imbalan solat dua rakaat yang mereka kerjakan.... ."

Marilah sama2 kita fikirkan dan berusaha lakukan... Sesungguhnya Allah
S.W.T telah menyembunyikan enam perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redhaNya dalam taat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan murkaNya di dalam maksiat.
* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yang Maha Agung di dalam
Al-Quran. * Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dalam
bulan Ramadhan. * Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yang paling
utama di dalam solat (yang lima waktu). * Allah S.W.T telah
menyembunyikan (tarikh terjadinya) hari kiamat di dalam semua hari.

Semoga kita mendapat berkat daripada ilmu ini. Wallahualam

Mencari Cinta..???

Suatu pagi yang dingin, terjadilah satu perbualan antara seorang guru falsafah dan pelajarnya...pelajar:

guru, apakah erti cinta..?bagaimanakah saya boleh mendapatkannya...?guru: ada sebuah ladang gandum yang luas didepan sana. berjalanlah kamu dan jangan sesekali kamu berundur. kemudian ambillah satu ranting. sekiranya kamu mendapati ranting tersebut sangat menakjubkan, ertinya kamu telah menemui cinta.pelajar tersebut pun berjalan dan tidak berapa lama dia kembali dengan tangan yang kosong.guru bertanya:


mengapa kamu tidak membawa sebatang ranting pun...?pelajar menjawab: saya hanya terpaksa memilih satu ranting saja, dan sewaktu berjalan saya tidak boleh mengundur kebelakang semula. sebenarnya saya telah berjumpa dengan satu ranting yang paling menakjubkan tapi saya tak tahu apakah yang akan menakjubkan di hadapan sana nanti, maka saya biarkan ranting itu lalu saya dapati tidak ada lagi ranting yang paling menakjubkan selain daripada yang saya lihat tadi. jadi saya tidak mengambil sebatang pun akhirnya.gurunya menjawab:


ye, itu lah cinta...dihari lainnya pula pelajar tersebut bertanya kepada gurunya, apa itu perkahwinan...?guru: ada hutan yang subur didepan sana. berjalanlah kamu. tapi janganlah kamu sesekali mengundur kebelakang. tebanglah sepohon pokok saja. dan tebanglah jika kamu merasakan bahawa pohon tersebut adalah yang paling cantik,segar dan tinggi, kerana kamu telah menemukan apa itu perkahwinan.pelajar tersebut pun berjalan, dan tidak berapa lama, dia datang semula dengan membawa sepohon kayu, walaupun pohon tersebut tidaklah berapa segar, cantik dan tinggi pada pandangan guru tersebut.maka gurunya pun bertanya: mengapa kamu memotong pohon seperti ini....?



pelajar itu menjawab: sebab, berdasarkan pengalaman ku sebelum ini, aku hanya berjalan separuh daripada hutan tersebut dan aku takut akan kembali dengan tangan kosong. jadi saya mengambil kesempatan menebang pohon ini lalu dibawa kesini. pada pandangan saya ianya adalah pohon yang terbaik buat saya. saya tidak mahu kehilangannya atau menyesal kerana tidak memilihnya...maka guru itu menjawab: itulah perkahwinan..............


Kesimpulannya... janganlah terlalu memilih, tiada manusia yang sempurna di dunia ini. Kalau dah dapat yang rasa macam ok jer tu.. rembat je cepat.. :)

Surah al-Ikhlas, U'll be amazed!

Surah Al IkhlasAu zubillah himinashsyaitannirrajim...bismillahirrahmannirrahim

"Tafsirannya:Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.Bacalah ayat ini sebelum memulakan apa2 saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.Sebelum masuk rumah, bacalah ayat di atas,kemudian bacalah surah Al-Ikhlas (iaitu ayat: Qulhuwallahu Ahad. Allahussamad. Lam yalid walam yu-lad. wa lam yakul lahu kufuwan ahad.) sebanyak 3 kali.

Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah alam kepada anggota rumah dan sekiranya tada orang di rumah, berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat,amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia,maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. (Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby).

Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya :siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tigaminit? tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil boleh mengatam Qur'an dalam begitu cepat.Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas 3 kali.Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan membaca 10juz kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang sahara itu seluas dari timur hingga ke barat. Pada setiap padang sahara itu terdapat80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas.Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami,sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kpd orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.Sabda Rasulullah SAW lagi :

Demi Allah yang jiwaku ditanganNya,sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota :Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Seperti mana sabda Rasulullah SAW 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
1) Sedekah/amal jariahnya
2) Doa anak-anaknya yang soleh
3) Ilmu yg manfaat yg disampaikan

Friday 6 February 2009

Salam bicara..

Salam...
Sesungguhnye aku tak tau ape nak tulis dalam ni.. cuma bagi memulakan bicara aku akan berkongsi dengan kalian minat aku and ape yang menarik yang aku terjumpa di mana2. Buat masa ni hold on dulu k...